Kaedah Penyimpanan Peralatan Penguatkuasaan Dalam Kenderaan Operasi
Tajuk projek yang dipilih adalah E-Smart Box. Ia merupakan sebuah peti khas yang dicipta untuk menyimpan kesemua peralatan operasi penguatkuasa di dalam satu tempat yang sama. Kumpulan 3K ZUNO telah memilih tajuk projek ini berdasarkan kajian permasalahan yang sering dialami anggota penguatkuasaan di JPJ Sandakan berkaitan ketiadaan tempat penyimpanan perlatan penguatkuasaan yang khusus dalam kenderaan jabatan. Projek ini dibuat untuk mewujudkan sebuah tempat penyimpanan yang lebih sistematik.
E-Smart Box mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tersendiri. Kotak khas ini dapat digunakan menjadi meja operasi malah ia juga menjadi tempat penyimpanan kesemua peralatan penguatkuasa. E-Smart Box merupakan gabungan bahan lama dan baru yang bermaksud kotak khas ini sangat kreatif kerana ia turut menggunalan bahan yang dikitar semula.
 
Dibaca : 431 kali  |  Pilihan Pengunjung : star ratingstar ratingstar ratingstar ratingstar rating   [ 41 ]  | 

 

 [ Download Laporan ]

Kami mengalu-alukan penilaian anda terhadap inovasi ini :



Kongsi Inovasi :

 

 

Latarbelakang * :
E-Smart Box mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tersendiri. Kotak khas ini dapat digunakan menjadi meja operasi malah ia juga menjadi tempat penyimpanan kesemua peralatan penguatkuasa. E-Smart Box merupakan gabungan bahan lama dan baru yang bermaksud kotak khas ini sangat kreatif kerana ia turut menggunalan bahan yang dikitar semula.
Skop * :
Sasaran projek ini adalah untuk menjimatkan ruang penyimpanan peralatan operasi, masa dan penjimatan kos belian Kerajaan.
Objektif * :
Mewujudkan suasana kerja yang lebih efisien dari segi penjimatan kos, masa dan ruang bagi memudahkan capaian dan kemas.
kreativiti * :
Setelah beberapa idea dibentangkan sebuah kotak dihasilkan mengikut kesesuaian peralatan operasi yang telah sedia ada mengikut bentuk dan saiz yang bersesuaian. Ruang untuk satu-satu peralatan telah disediakan agar peralatan tersebut tersusun lebih kemas.
keberkesanan * : Projek E-Smart Box telah memberi impak yang sangat positif kepada kumpualn 3K ZUNO. Impak utama adalah penjimatan kos Kerajaan. Sebelum E-Smart Box, Kerajaan perlu menyediakan peralatan tambahan operasi penguatkuasaan
relavan * :
i) Susun Atur - Ruang penyimpanan yang sangat teratur dan menjimatkan ruang kenderaan. Setiap peralatan mempunyai kelebihan dimana setiap peralatan ada tempatnya dan sekiranya peralatan operasi itu tercicir secara automatiknya anggota akan tahu peralatan apa yang tiada dalam kotak tersebut.
signifikasi * :
Masa - Ia memudahkan capaian dan penyusunan peralatan oeprasi dalam jangka masa yang singkat. Masa adalah komponen yang sangat penting ketika hendak memulakan operasi sekatan jalan raya. Sebelum projek ini dibuat anggota memerlukan masa lebih kurang 5 minit untuk mencari dan mengeluarkan kesemua peralatan operasi dan kemudian mengambil masa yang lebih untuk menyusunnya. Selepas projek ini dibuat, anggota JPJ hanya mengambil masa dua (2) minit sahaja untuk menda
pencapaian * :
Pencapaian yang diperolehi hasil projek ini ialah penjimatan kos Kerajaan. Sebelum E-Smart Box, kerajaan perlu menyediakan peralatan seperti meja plastik, kerusi besi lipat dan payung yang besar. Penyediaan peralatan operasi seperti ini menambah jumlah kos Kerajaan. JUmlah kesemua peralatan tersebut yang terpaksa dibelanjakan oleh Kerajaan adalah sebanyak RM39,650.00 untuk kesemua kenderaan penguatkuasa di Sabah.
Setelah pr